Mahasiswa Terlampau - Cerita Raja Lawak Panas


Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.

Ayah,

Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.

Agen Khas - Cerita Raja Lawak Panas

"Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir
untuk menjadi agen CIA. Pegawai bertugas menyatakan
yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka
dikehendaki membunuh isteri masing2. Pegawai itu
memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke
bilik sebelah dimana isterinya berada.
Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan
mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak
kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk
membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar
dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi agen CIA,
dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar
dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya...
Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga
kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit..
lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan
berpeluh... Pegawai itu bertanya apa yang terjadi..
dan Akbar menjawab
"Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku
terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya.." "

Tandas KLCC - ohbetul Cerita Lawak


Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...

Cerita Hantu - Ohbetul Cerita Lawak

Satu malam, sorang mamat ni baru habis kerja malam dalam pukul 1 pagi,
jalan nak balik rumah adala dalam 30 minit, sepanjang jalan keadaan
gelap, senyap, sunyi, hujan rintik2, sejuk..ramai dah orang cakap kat
jalan ni ada penunggu tapi mamat ni buat selamber jer, sambil bersiul,
mamat ni terus pecut motor rxz dia, sampai kat tengah jalan kat bus-stop
mamat ni nampak sorang awek cun, awek ni pulak pakai baju kurung, rambut
panjang, dia tahan motor mamat ni, mamat ni pun berentilah, tanya kat
awek tu " saudari ni nak pergi mana tengah2 malam ni?"
awek tu jawab " saya tunggu ayah saya tapi dia tak datang2, rumah
saya kat depan tu, boleh tumpangkan saya?"
"errrr...bolehlah, nasib baik saya ada helmet spare", mamat ni
takut dalam berani, dia pecut motor dia, sekejap dia tengok side mirror
dia..alamak !!! mana pegi awek ni..." aaaaaaaaahhhhhhhh...tak kepala!!!
hantu tak de kepala!!!!
aaaaahhhhhhhhhhh!!!!" mamat ni punya ler pecut sebab kecut perut ada
hantu tak ada kepala kat belakang dia, dah tu suara mengilai-ngilai
kedengaran, lagi kuat dia pecut, lagi kat suara tu ketawa, sampai rumah
mamat ni terkejut bukan main sampai putih muka dia "naper abang pecut,
sampai nak terkeluar anak tekak saya ni jerit, kan dah terlepas rumah
saya", rupanya mamat tu bagi awek tu pakai helmet full-face warna
hitam, memanglah tak nampak kepala....

XpressDrink - Oh betul MacaM - MAcaM

Xpress Drink is a very simple application, just open the application and it will fill your virtual mug with beer. Tilt it to drink it, that simple! Take a look at this video below, if you need any more convincing!



Selamat Melayan Video ne..MacaM - MacaM la zaman la ne...

Ema Kekasih Gelapku - Ohbetul Cerita Lucu 18 Keatas


Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu
perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dan salah
seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja
namanya Andy). Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.. Sebut saja
semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang
profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking
serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang
memilikisegala yang diidamkan oleh seorang lelaki, bentuk tubuh yang
sempurna,paras yang cantik,fikiran matang serta bijak, berpewatakan ceria
& suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai
menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya
kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakin jatuh hati
kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di
pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan pejabat
membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa
lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa
kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar
B'worth , Perak, Kedah dan Perlis

Dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di
sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi
kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang
sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema
agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar
tersebut hanya memiliki 1 ranjang berukuran
panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk
meminta Andy tidur di lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah
Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah
lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar
sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat di
'admire' kannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhankerana
katilnya memang kecil.
Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema
merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:

"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup
saja?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga
dia berkata lagi:

"Abg Andy…"

Kali ini Andy langsung menjawab: "Ema, kamu kesejukan ya?
MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia
bertanya:
"Maksud abg Andy?"

"Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang
terbuka tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Untuk Kegunaan Pengarah - ohbetul Gambar Sempoi


Apa Pendapat ko orang..Salah Guna ke Menggunakannya dengan bijak...
tepuk dada tanya la hati....
 
Copyright © 2011 Raja Lawak Panas | Themes by ada-blog.com.